salam,untuk semua WARGA TICE kini musim exam dah kembali..para pelajar sekarang pasti sedang bertukus lumus untuk mengulangkaji pelajaran bagi mendapat natijah yang cemerlang nanti...pihak Alumni Tice mendoakan kejayaan anda semua sedikit peringatan "masa itu emas,usaha tangan kejayaan. Banyakkan berdoa kemudian kita mesti bertawakal pada ALLAH S.W.T kerana Dialah yang menentukan segalanya..
25 September 2010
Musim Exam kini kembali......
Label: INFO KINIKesan Zikir Terhadap Otak Kita.
Label: ARTIKELOtak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
25 Ogos 2010
kutatap tenang biru langit Ramadhan
dalam syukur tak terhingga
kerna masih bisa kuhirup syahdu auranya
yang kurindu sentiasa.
Biru langit Ramadhan itu
bertandang bersama kurnia
seribu simpulan rasa
tak tertafsir dek kata-kata.
Kerap kurindu Ramadhan itu,
dalam rasa syahdu, mengisi sahur di hujung malam
kerna dalam jamahan yang sedikit
ada segunung berkat tersurat.
Kurindu Ramadhan itu
juga dalam setiap rasa insaf yang bertandang
melewati waktu siang yang panas membahang
dalam perang hawa nafsu dan kelaparan
menguji iman.
Kurindu Ramadhan itu
tika mengadap iftar dalam syukur
dan genang airmata
kerna disetiap kali tanganku angkat dan doaku panjat
‘Sesungguhnya aku berpuasa dan berbuka kerana-Nya’
dengan rezeki sekadar cuma.
Kurindu Ramadhan itu
tatkala khusyuk dalam qiam Tarawih
teguh hati mengadapnya
meminggir diri dari indah duniawi
solat dalam ikatan ukuwah
memohon rahmat dan barakah
juga redha-Nya.
Kurindu Ramadhan itu
pada hadir lazatnya rasa,
di setiap kesempatan
tika kualun indahnya ayat-ayat suci Al Quran
petunjuk sepanjang zaman.
Dan setiap musim
tika Ramadhan menghampiri hujungnya
ada sebak bertamu di hati
dan airmata tumpah di pipi
kerana aku tak pasti
masih adakah kesempatan
bertemu Ramadhan lagi...
16 Mei 2010
SELAMAT HARI GURU
Label: INFO KINI16 April 2010
PROGRAM MOTIVASI CELIK MINDA DAN PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG 2009 PADA 27-MAC-2010 SABTU (bersamaan 11 RABIULAKHIR 1431 H)
Label: GALERI22 Mac 2010
SALAM
Label: INFO KINIASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA WARGA TICE DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK ALUMNI TICE TELAH MEMBATALKAN REUNIOUN ALUMNI TICE PADA 30-31 MAC 2010 HARI (SELASA DAN RABU) KERANA ADA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKAN DAN PIHAK KAMI MEMOHON BERIBU KEMAAFAN UNTUK MAKLUMAN SEMASA KAMI AKAN MAKLUMKAN DI DALAM BLOG INI..
Read More »»12 Mac 2010
HARI BERSEJARAH... (11/03/2010)
Label: INFO KINISedikit sedutan dari pelajar Tice yang mengambil keputusan masing-masing pada 11/03/2010 setelah ianya diumumkan..
ketakutan mula terasa... sebab result dah sampai Read More »»
01 Mac 2010
SALAM..
maklumat penting!!! anda boleh la add facebook alumnitice aticefbook@yahoo.com harap maklum..
Read More »»13 Februari 2010
KENAPA PERLU BERSELAWAT??
Label: ARTIKEL12 Februari 2010
PERSAHABATAN
Label: KARYARENUNGAN BERSAMA...
Label: ARTIKELAdalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
MAKANAN YANG HALAL MENEMPA HATI YANG BERSIH,AMALAN YANG IKHLAS
Label: ARTIKEL
Dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhat), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka barang siapa menjaga dirinya dari perkara yang syubhat itu, bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya, dan barangsiapa yang melakukan perkara syubhat itu, dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram; seperti pengembala yang berada berhampiran dengan batas sempadan kawasan gembalaan (milik orang lain ),dibimbangi (jika dia tidak berundur ke tempat yang lebih selamat )lambat laun dia akan termasuk ke dalamnya (secara tak sengaja ). Ingatlah, bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah, bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika dia baik, baiklah jasad seluruhnya; jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.( HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud )
HURAIAN
Hadis ini merupakan salah satu pokok syari’at Islam. Abu Dawud As Sijistani berkata: “Islam bersumber pada empat Hadis, diantaranya adalah Hadis ini”. Para ulama telah sepakat atas keagungan dan banyaknya manfaat Hadis ini.
Sebahagian ulama berpendapat: Syubhat itu ada tiga bentuk iaitu: Pertama, sesuatu yang sudah diketahui oleh manusia tentang pengharamannya tetapi orang itu ragu apakah masih tetap haram atau tidak. Misalnya, makan daging haiwan yang tidak diketahui dengan pasti penyembelihannya, maka daging haiwan seperti ini menjadi haram kecuali kalau terbukti dengan yakin telah disembelih. Dasar yang perlu dipegang dalam kes ini adalah Hadis ‘Adi bin Hatim seperti yan dijelaskan di atas.
Kedua, sesuatu yang halal tetapi masih diragukan kepastian halalnya, seperti seorang lelaki yang mempunyai isteri, namun diaragu-ragu apakah dia telah menjatuhkan thalaq kepadanya atau belum.Hal-hal seperti ini pada dasarnya adalah harus sampai diketahui dengan pasti haramnya. Dasarnya adalah Hadis ‘Abdullah bin Zaid yag ragu-ragu tentang apakag wudhuknya sudah terbatal, padahal sebelumnya dia yakin masih dalam keadaan suci.
Ketiga, seseorang ragu-ragu tentang sesuatu dan tidak tahu apakah hal itu halal atau haram dan kedua kemungkinan ini sama-sama boleh terjadi, sedangkan tidak ada petunjuk yang menguatkan salah satunya. Hal seperti ini lebih baik dijauhi, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pernah melakukannya pada kurma yang jatuh yang beliau temui di rumahnya, lalu beliau bersabda:
“Kalau saya tidak takut kurma ini dari kalangan zakat, tentu saya telah memakannya.”
Adapun orang tidak mengambil sikap berhati-hati yang berlebihan, seperti tidak mahu menggunakan air bekas yang ternyata masih suci kerana bimbang telah terkena najis, atau tidak mahu solat di suatu tempat itu ada kerana terfikir terdapat bekas air kencing yang sudah kering, atau mencuci pakaian yang masih bersih kerana bimbang terkena najis yang tidak diketahuinya, dan sebagainya. Sikap seperti ini tidak perlu diikut, sebab ia adalah berlebih-lebihan yang dipanggil dalam istilah syarak sebagai was-was dan bisikan syaitan,. Wallaahu a’lam.Artikel daripada :-http://www.zahazan.net/index
11 Februari 2010
SALAM...
Label: INFO KINISalam semua kepada pelajar spm 2009 khususnya buat pelajar TICE dah sedia ke nk berhadapan dengan keputusan nanti he5x yang ana dengar khabar angin kata result kita semua dh hampir skrg ni. So banyak-banyak la berdoa kepada ALLAH supaya dipermudahkan segalanya InsyaALLAH akhirkata nasihat dari kami bagi pihak alumni banyak-banyaklah bersabar dan jgn asyik fikir sangat nnti jatuh sakit pula..... :-)
Read More »»08 Januari 2010
Makluman
Untuk makluman para pelawat blog atau kpd semua warga tice serta ahli alumnitice bahawasanya pihak Majils Perwakilan Tertinggi AlumniTice(MPTA) merangcang untuk mengadakan program kem jati diri bagi pelajar tingkatan 1 di SMU(A) TARBIAH ISLAMIAH CHABANG EMPAT dan pihak (MPTA) telah mengadakan perjumpaan
pada 09/01/2010 (sabtu)bagi semua ahli alumni di jemput hadir sekian..